JIKA COMFIRM BOOKING,TUAN PUAN BERSETUJU DENGAN SYARAT & TERMA DIBAWAH.
TERMA & SYARAT SEWA KERETA Tempoh minimum sewa kereta adalah 24 jam. (Kecuali pada Cuti Hari Perayaan Besar)
DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH PENYEWA Salinan lesen memandu penyewa yang sah & belum tamat tempoh. Salinan kad pengenalan rujukan (contoh: isteri, suami, saudara, adik dll). Bil utiliti tempat tinggal yang asal untuk pengesahan alamat (contoh: Astro, TNB, dll).
PEMBAYARAN 1. Jumlah keseluruhan kadar sewa termasuk dengan Security Deposit perlu dijelaskan sebelum/ketika mengambil kereta sewa samaada melalui online banking ataupun secara Cash On Delivery (COD). 2. Kadar bayaran Security Deposit bergantung kepada jenis kereta sewa & masa/tempoh penyewaan. Semua wang Security Deposit akan DIPULANGKAN kembali kepada penyewa apabila kereta sewa dipulangkan kepada kami dalam keadaan yang baik & bebas daripada saman trafik/bandaran. 3. Jika ingin buat tempahan awal, penyewa perlu ‘bank-in’ minimum RM50 sebagai booking fee ataupun “tanda jadi”. Jumlah ‘booking fee’ ini adalah bergantung kepada jenis kereta sewa & tempoh sewa. 4. Jika kereta sewa lambat dipulangkan kepada kami, setiap jam yang berikutnya akan dicas minimum RM10/jam (bergantung kepada jenis kereta).
SYARAT PEMANDU YANG MENYEWA KERETA 1. Mesti mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah & masih belum tamat tempoh. 2. Sihat tubuh badan & waras akal fikirannya. 3. Wajib hadirkan diri ketika ambil kereta sewa untuk tandatangan borang perjanjian.
SAMAN 1. Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap saman yang terhasil sepanjang tempoh penyewaan.
SYARAT & LARANGAN KETIKA MENYEWA KERETA 1. Dilarang melakukan aktiviti jenayah atau atau sebarang aktiviti melanggar undang-undang negara Malaysia. 2. Dilarang ubah suai kenderaan sewa. 3. Dilarang membawa buah/bahan yang berbau kuat seperti durian dan cempedak. 4. Dilarang menyewakan / meminjamkan kereta sewa kepada orang lain (Sublet). 5. Dalam tempoh penyewaan, jika berlaku kerosakan pada kereta disebabkan kecuaian penyewa, cas minimum (RM250) atau maksimum (RM2500) akan dikenakan kepada penyewa. Nilai bayaran bergantung kepada jenis & tahap kerosakan. 6. Jika berlaku kerosakan teknikal seperti bateri habis atau radiator panas, kami akan menggantikan dengan kereta lain jika ada. Atau memulangkan wang anda kembali.